Wednesday, 26 March 2014

YEAHH DAH KAWIN!!!

Assalamualaikum, hello hello you alls...

Kompang dipalu,
Pengantin baru,
Duduk bersanding,
Tersipu malu.

Ha begitulah lagunya bila ada perkahwinan, kenduri dan kedua mempelainya. Tapi! Ingat, bukan saya yang kahwin, BUKAN SAYA YANG KAHWIN. Ceritanya my cousin you alls, dia dah kahwin. Sangat lah happening, macam-macam jadi, tapi yang pastinya alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar, dari makanan, tetamu dan segalanya.

Atas ni my cousin and her husband (my new cousin)

Apa yang nak di ceritakan semuanya bermula dari hari Jumaat, bila semua saudara-mara, atuk, nenek, pakcik, makcik, anak menakan, cucu, cicit, beras eh eh eh birassss turun ke rumahnya si pengantin perempuan. Memang semua jadi ‘Havock, havock yeah havock, kan gua dah cakap nanti jadi havock, havock yeah’. Kan dah terkeluar lagu. Memang macam-macam ragam, tapi yang pastinya belum kenduri dah meriah, kalau dah kenduri apatah lagi.

Apa-apa pun bila semua dah berkampung, bermulalah agendanya pada hari Sabtu. Dimana awal pagi, semuanya sibuk untuk menyiapkan Majlis Akad Nikah yang akan dijalan kan pada waktu petang selepas Solat Asar, plus Majlis Berendoi yang akan dijalankan disebelah malam selepas Solat Isyak bagi cicit keluarga Haji Saleh. Memang seronok dan teruja bila tengok si pengantin diijab kabulkan, rasa tak sabar pulak bila tiba giliranku. (Sudah la tak payah nak berangan sangat =_=). Dan bagi si comel, mereka sangat bertuah kerana majlis khas untuk mereka juga diadakan, betapa sayangnya keluarga kami pada kedua-dua bayi perempuan ini. (Ceshh skemanya ayat beta).

Majlis akad nikah and majlis berendoi

Pada hari Ahad pula, tiba lah masa untuk mengadakan Majlis Kenduri bagi meraikan penganti. Memang meriah dan ramai tetamu yang hadir, sampaikan Tuan Rumah pun tak cukup tangan nak handle. Sebab tu lah ramai saudara mara yang datang, sebab nak bantu sesama keluarga. Dan yang penting masa bergambar tu. Kalau tak bergambar sekali dengan pengantin tak sah, sebab tu la perlunya melaram, tapi jangan lah sampaikan mengalahkan pengantin.

Candies counter and Cake pengantin Simple but pretty

Makanan semasa makan berhadap, the chef is bride's little brother

 Sneak peak of bride's hand flower and the isle

 All of the family member yang suka bergambar (walaupun tak semua yang ada dalam gambar ni, tapi still meriah). Orang kata gambar tak semestinya menunjukkan segalanya, tapi bagi family kitaorang, macam mana meriahnya nampak dalam gambar, macam tu lah reality nya...

Sekian, The End

No comments:

Post a Comment