Sunday, 4 May 2014

MISI GUNUNG YONG YAP

Assalamualaikum,

Dah lama tak updatekan pasal apa yang jadi, fuhhh dah berhabuk dah blog ni... rindu pulak nak update-update ni. Biasalah student busynya bukan boleh lawan, kalah orang yang bekerja. oklah, so before melalut panjang meh nak update skit pasal apa yang jadi. So startingnya update awal bulan April hari tu, saya join satu projek di kolej, HIJAU. program ini objektifnya selalunya pergi mendaki gunung, so this year dah berubah. Obejektif HIJAU kali ini adalah mendaki sambil mengutip sampah di kawasan gunung.

Kami seramai 50 orang mendaki Gunung Yong Yap yang mana pendakian kami dari Cameron Higland, Pahang cross ke Kelantan, hebat tak! hahah Dengan bantuan Guide dari Wild Junction dan pelajar dari Kelab Kembara, MSU mendaki bersama-sama dengan berbekalkan apa yang ada, untuk mengutip sampah digunung. Yelah kita kena ada sikap tanggungjawab bukan saja pada manusia, juga kepada alam sekitar mostly flora dan fauna yang menjadi kitaran hidup kita (Gitueeeewww).

Muka budak-budak yang excited dapat naik 4WD for the first time

Kawasan perkampungan orang asli, Kampung Kuala Regil, Cameron Higland, Pahang

Perjalanan kami bermula dari Cameron Highland ke perkampungan orang asli, Kampung Kuala Regil dengan menaiki 4WD. Sesampai nya disana kami terpaksa meniti titian buluh yang dibuat oleh orang asli. Setelah meniti tersebut bermulalah perjalanan pendakian kami sehinggalah ke kawasan perkhemahan kami yang dipanggil Kem Agas.

Kem Agas ini merupakan tempat perkemahan para pendaki gunung. So sebelum kami mendaki ke puncak, kami terpaksa berhenti bermalam di kem ini bagi menghilangkan penat dan mengumpulkan semula tenaga untuk perjalanan pada esok harinya. Memang menyeronokkan berada di gunung, walaupun penat tapi alhamdullilah dapat hilangkan stress yang ada.

Dah ada di kem tu, apa lagi macam-macam perangai dan talent yang wujud. Yang paling best talent memasak. Dengan berbekal apa je yang ada, kami memasak apa yang sekadar mampu, walaupun tak boleh dikatakan oklah masakkan tu, but still ia rasa sedap. Yelah kalau dah lapar, makan apa pun jadi sedapkan. hahaha... dan paling best kami dapat belajar memasak dengan cara yang unik.

Esoknya, kami memulakan perjalanan pada seawal pagi, ini pun sebab nak mengelak dari hiking pada watu malam, sebab nak mengelak dari bahaya. Perjalanan nya memamng mencabar dan lebih memenatkan, tapi hasilnya sangat berbaloi. Antara yang paling mencabarnya, kami terpaksa meniti pokok yang tumbang, arus sungai yang kuat, mendaki macam spiderman...eh??!! hahaha mencabar tak? fuhhh semua tu memang memenatkan tapi amat hebat juga bagi kami yang masih amature dalam hiking. Dan inilah hasilnya....

Puncak Gunung Yong Yap

Gambar sekitar kawasan puncak gunung & hasil kutippan sampah (nampak sikit tapi berat sebenarnya guni tu)

 Nampak tak ajaibnya kat atas puncak ini, siap boleh call rumah untuk inform dah sampai puncak (hanya berguna kepada pengguna celcom je tahu)

Siap boleh buat tempat berkhemah dan tempat berpiknik, jangan main-main

 Last view sebelum bertolak pulang ke kawasan perkhemahan

Perjalanan program kami memakan masa sebanyak 3 hari 3 malam. Memang perjalanannya amat mencabar tetapi aktivitinya amat bagus bagi menjaga alam sekitar. Dengan adanya program seperti ini memang dapat membantu menyedarkan ramai pihak bahawa pentingnya penjagaan gunung, bukit, sungai, flora dan fauna dan sebagainya dibumi ini. Akhir kata dari saya "kalau bukan bermulanya sesuatu perkara atau perbuatan itu dari kita, siapa lagi yang ingin memulakannya", ok renung-renungkan dan selamat membaca.

No comments:

Post a Comment