Wednesday, 26 March 2014

INDEPENDENT LADY~

Assalamualaikum,

Hoot hoot.. Hari ini sedih sebenarnya, for this week, I kena tinggal and belajar buat semua sendiri. Dek kerana ditinggalkan my roomate. My roomate tercintot tu dah bertolak pergi ke Penang, my own birth place pulak tu, huhuh apa la nasib. Tapi ye lah takkan la asyik nak bergantung pada orang lain je kan, so for this week I decided to be an independent lady.


Ceritanya dah habis test one of my subject class, so keluarlah saya sensorang, ingat nak ajak si coursemate tercinta keluar sekali, but dia ada class pulak petang tu. So tak nak la jadi syaitonnirajim kan, kita pun keluar la sendirian. Waktu on the way nak keluar tu sempat lagi buat planning nak pergi mana dulu, so dah decide punya decide of me go to Masjid Jamek, sebab ingat nak pergi cari jubah hitam. Senang sikit bila dah kelam kabut nak pergi kelas, sarungkan je jubah tu habis cerita.


Dah sesampainya di Masjid Jamek tu, apa lagi meronda la aku kat sana. Tapi gaya dah macam foreigner baru menjejak kaki di Malaysia, boleh pulak aku pusing-pusing tempat yang sama. sampai naik pening kepala, gaya macam tak pernah pergi kat situ. Sambil pening-pening keliling tempat kat situ, sambil tu la aku survey jubah-jubah yang ada, cantik memang cantik tapi harga, lebih dari apa yang aku bajet. Laast-last jumpa la satu kedai ni, favoruite kedai baju aku, First Lady namanya. Harga berpatutan, quality yang bagus dan cantik pulak tu. Tapi masalahnya aku pulak tak reti nak pilih baju dan saiz. so aku pun tinggallah kedai tu, dengan harapan akan kembali satu hari nanti (acewah, gituewww).

Dah alang-alang dekat situ, begerak la kaki aku ni melangkah ke Sogo semata-mata nak dapatkan aircond. Panas ya amat, nak hujan mungkin petang nanti. dah sampai kat Sogo tu tau-tau pulak ada sale, so pergi lah tengok-tengok plus beli-beli apa yang patut. Last-last dapat set cadar dan sarung bantal plus tuala sehelai. emm.. benda lain yang nak dibeli, benda lain yang dapat. Dah habis membelinya, masa nak balik tu yang paling bermasalah. Ingat dah arif sangat pasal KTM sekali tersalah ambil train, sekali ambil train ke Pelabuhan Klang, ternganga aku dibuatnya baru kelam kabut aku turun train. Nasib baik ada pertukaran di KL Sentral.

Dah tukar train tu, dapat pulak call dari Kak W. apa lagi aku pun terus lah ke Midvalley jumpa dia kat sana. Sampai je di Mid, so kitaorang pun lepas-lepaskan rindu la. Teman dia pergi lunch dekat Sushi King then jalan-jalan pergi beli barang keperluan plus barang kehendak... hehehe pemboros je kerja. Dah habis round-round ingat nak ajak pergi MPH belanja Boucer Buku yang dapat, tapi dek kerana tangan yang penuh dengan beg plastik tu, terpaksa la batalkan hasrat. Apa lagi baliklah kitaorang ke pangkuan kolej tercinta.

Kesimpulannya nak cerita dekat sini, sebenarnya nak belajar semua buat sendiri, dari pergi jalan-jalan sendiri, beli barang sendiri, makan sendiri (dah biasa sebenarnya), dan macam-macam la sendiri. Tapi kita kena sentiasa ingat, dalam hidup ini jangan ingat kita boleh hidup sendirian, setiap manusia ada sahabat dan temannya dan setiap manusia ada pasangan hidupnya yang telah ditentukan. So pandai-pandailah paham sendiri ye pembaca-pembaca yang di kasihi sekalian.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment