Assalamualaikum
Rindunya nak update apa yang jadi sebelum-sebelum ni. Tapi sebab En.Wifi yang sedang "hidup segan mati tak mahu" tu buat hal, so terpaksa la tangguh kan. Tapi yang nak jadikan ceritanya bukanya En.Wifi tapi pasal apa yg terjadi weekend minggu lepas (alah bukan lama pon minggu lepas tu semalam je).
Last weekend memang planning aktiviti yang tak disangka. Planning asal nak ke tempat lain, tapi alih-alih buat aktiviti lain, tapi alhamdulillah, aktiviti tu sangat best. Tu yang nak dikatakan "kita hanya mampu merancang, tapi hanya Allah yang mampu membuatkan sesuatu perancangan tu menjadi". So bila dah merancang sesuatu berserahlah segalanya kepada Allah, kalau dah planning tu tak menjadi, pasti ada hikmahnya disebalik yang tak menjadi tu.
Apa yang terjadi dengan saya minggu lepas mulanya pada hari Sabtu minggu lepas. Sabtu minggu lepas, kolej tercinta ini ada lah menjalankan aktiviti yang dipanggil 'Astar Caring Day'. Aktiviti ni setiap tahun diadakan oleh pelajar kolej bersama anak-anak kurang upaya dan yatim. Macam-macam aktiviti yang diaorang buat, yang bestnya part budak-budak tu buat persembahan diaorang. What a cute and creative kids they are. Bawah ini ada slot video diaorang menari.
Haaaa!!!! Comel tak, video satu lagi tak sempat nak ambil.
Ini gambar anak-anak kurang upaya dan yatim bersama pelajar-pelajar kolej yang join aktiviti ini. Ramai tak, ramai tak?!!??
And so lepas habis je projek ini, me and my roomate, Miejah actually nak pergi Amcorp Mall nak pergi makan. But then one of my felo kolej, Cik Anis ajak kitaorang pergi keluar lunch sama-sama. Dan disitulah berlakunya pertukaran perancangan dimana kitaorang terus ke Midvalley bersama felo tersayang. For lunch kitaorang makan di Sushi King. Heaven la jugak makan kat situ, sampai perut pun dah kedepan.
Lepas habis je lepak-lepak di Sushi King, kitaorang terus gerak untuk cari kasut and beg since Cik Anis nak beli untuk pakai ke kelasnya. Whoop! Whoop! Dah decide punya decide, terjatuh cintan la pulak dengan satu kasut ini dekat kedai Hush Puppies, its so gorgeous and sexy, but the price only the working people available to buy it. Kalau dah berkenan tu tak lepas pandang dah, dah tu pulak ada discount % off. Oh My~
Nampak tak boot depan mata ini, Haaa!!! Gorgeous tak? Sexy tak? Hohohhohhoho
Then selesai je pilih kasut, time untuk pilih beg pulak. Tapi masalahnya beg tak ada yang berkenan then we all decide nak balik, tapi sebelum nak balik tu ada lah BFF tersayang, K.Wani pesan pulak dinner untuk dia. Kesian pulak dekat dia, sebab we all keluar tak roger sama dia. So pergi lah ke KFC, dah alang-alang lalu di tempat yang ada makanan banyak, sempat pulak membelinya Duria Crepe untuk dijadikan supper.
Ini bentuk Durian Cream Puff and Durian Crepe
Dah habis shoping balik lah kitaorang ke kolej. On the way nak balik tu, terjadilah planning lain pulak. Kitaorang nak buat slumber party malam tu sambil-sambil makan supper and layan Chennai Express then buat sesi pillow talk, then esoknya we all masak sama-sama untuk breakfast. Dah alang-alang tu jemput la jugak K.Wani datang join sekali malam tu. Dan menu utama malam tu Durian Cream Puff and Durian Crepe yang baru beli tadi, sambil-sambil tu kitaorang bergosip plus update story. Then masa nak tidur tu planningnya nak tengok movie Chennai Express, tapi tiba-tiba dekat TV3 ada cerita Just Like Heaven so apa lagi layan la TV tu sampai TV tu yang tengok kitaorang malam tu.
Esoknya, so we all cook for breakfast. Breakfast pun ala cart je, sebab bahan tak banyak. kitaorang masak bihun singapore, samosa dan wedges goreng, air pulak teh strawberry, perghhh "breakfast like a King". Makan breakfast tu sambil layan-layan cerita Chennai Express, dah tu kenyang sampai boleh tertidur balik (buruk benornya perangai kamu tu). Tengah dok layan cerita tu, sambil puji-puji Rahul A.K.A Shah Rukhan, mula la pulak planning seterusnya.
So, once again planning pun berubah, dari mula ingat nak pergi Jalan Masjid India nak beli baju untuk kenduri cousin, tapi sebab dah lambat sangat so kitaorang decide untuk masak lunch dan dinner di rumah Cik Anis. Yang kelakarnya planning tu terjadi masa tengah selak-selak majalah penggantin nampak hantaran pulut mangga, then terjadilah planning pulut mangga for dinner and for lunch masak je apa yang ada. So dah siap mandi apa semua me and Miejah keluar pergi cari bahan for dinner, while K.Wani pergi Midvalley untuk interview job, dekat Jobstreet Fair.
Asalnya nak pergi beli bahan di AEON Big Midvalley sambil-sambil tu boleh teman K.Wani pergi interview, tapi me and Miejah decide nak pergi AEON Big dekat Bangsar South je, lagi dekat. Dah Habis membeli tu balik la kitaorang sebab dekat Bangsar South tak ada apa sangat. So masak la lunch yang sangat simple Ayam masak Paprik and Tempe Goreng for lunch, and the chef was me. Sambil-sambil masak tu keluar lah cerita, (biasa la perempuan, nasib tak hangit masakan tu).
Tapi masakkan simple tu ambil masa lama sangat, sebabnya ayam yang nak dimasak tu lupa nak dikeluar kan and sambil masak tu tengah menyembang memang lunch tu bertukar jadi early dinner. Dah time habis masak tu, time nak makan tu terus masuk azan mahgrib, terasa macam makan bukak puasa. So habis azan makan lah kitaorang, rasa nak menangis masa makan tu, sedap juga aku masak (hahaha perasannya =_=). Dan nervous jugak la tunggu komen dari orang yang tengah makan, rasa kembang juga la dengan pujian dan komen yang diberi, yang paling terbaik komen Cik Anis, "dah boleh kahwin ni" hehe malu la kita awak puji gitueeeww.
Habis je early dinner and solat magrib, agenda seterusnya pun bermula, masakan kedua supper Pulut Mangga, and the main chef is Miejah. Sangat lah mudah sebenarnya nak buat, tapi make sure bahannya ada lah kalau bahan tak ada, so apa pun tak jadi. Nak dijadikan cerita santan yang nak masak untuk dijadikan sos santan tak menjadi maybe sebab lama atau lebih air, so terpaksa la ke kedai untuk beli santan baru, but that's ok kalau dah semangat nak buat apa pun tak kisah. gituewww... DAAAAANNN TADDAAAAA!!!
Ni lah rupanya yang kitaorang masak tu.
Excited sebab menjadi potong mangga macam dalam gambar
Yang ini bahan untuk pulut mangga, nak sukatan dia google je.
Habis je masak kitaorang terus makan, so sedap and yang paling penting sos santan tu, so delicous. Habis je selesai makan tu, kitaorang decide untuk masakan next weekend pulak, insyallah kalau menjadi.