Sunday, 11 May 2014

HARI HARI, HARI IBU~

Assalamualaikum...


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih

Wahai ibu
Hai hai... Ha! Nak tau kenapa saya letak lirik diatas? Ianya sebab today is Mother's Day. Tadaaaa... Walaupun hari-hari, merupakan hari ibu, tapi yelah kita kenalah adakan satu hari yang teristimewa untuknya bagi memperingati jasa ibu-ibu yang melahirkan kita didunia. Lagu diatas merupakan lagu yang sangat popular di kalangan semua, lagu yang bertajuk Ibu didendangkan asalnya oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan juga lagu ini digunakan di dalam iklan susu Fernleaf. So bersempena dengan hari ibu seluruh dunia saya ingin dedikasikan lagu ini to my Emak yang paling sweet, caring, lovely, cute dan sebagainya. Dah macam ucapan dekat radio dah.


"Sayang mak!! Muah muah muah"

Ok, barulah bley masuk cerita apa yang berlaku pada hari. Nak kata sedih, tak sangat. Nak kata happy pon tak sangat, so sedang-sedang je lah. Ceritanya hari ini call la emak (yelah anak perantauan, belajar kat UM je), ingat nak cerita pada mak apa yang jadi this week sekali dengan nak wish dekat dia. Tengah nak wish tu tertanya pulak mak masak apa hari ini. Pastu mak dengan excitednya kata semua saudara datang celebrate mother's day ramai-ramai. Dengan serta-merta mata berair, tapi cuba stay cool je. Dah tu dengar suara kat belakang ramai orang, dah tak tahan terus empangan air melimpah, tak sempat nak wish terus menangis dengan still on the phone dengan mak.. huhuhuh 


Maunya tak menangis, dah la lama tak balik rumah, homesick, tiap-tiap hari rindu nak makan masakkan mak, pastu tengok orang lain semua balik rumah hujung minggu. TT_TT Disebabkan she's the only person yang faham, mak terus tanya "menangis ka?" sebab dia dah tak dengar suara aku. Dah kalau menangis tu nak cakap pun susah, so senyap je, memang kantoi la menangis. So mak pon dah memang faham sesangatnya dengan anak dia ni, dia pun senyap juga, bagi anak dia yang suka menangis ini cool down kejap. Dah macam nak dekat-dekat cool tu, mak pun buat lawak cerita pasal adik nak buat surprise dekat mak tapi tak jadi. Memang tergelak juga la aku, macam comel je budak tu, tapi takpe la, at least dia ada effort nak buat surprise.


Dah tu habis je cakap dengan mak, so aku pun hang up je la phone and check tweeter, sekali tengok ayah tweet something. Buka-buka, gambar lauk emak masak untuk celebrate ramai-ramai. And for the second time, aku menangis sekali lagi... TT_TT sobs sobs, sabar je la. Haishhh.. Sebab tu la aku tak berapa gemar call rumah kalau hari-hari istimewa macam ini, I will end up crying for the whole conversation without wishing anything. Tapi whatever it is "Mak i know u can read this post, I wish U happy mother's day, may Allah always bless U, and I~ will always love U~" (Menyanyi ala-ala whitney Houston).

"Like daughter like mother? or Like Mother like daughter?"

Sunday, 4 May 2014

MISI GUNUNG YONG YAP

Assalamualaikum,

Dah lama tak updatekan pasal apa yang jadi, fuhhh dah berhabuk dah blog ni... rindu pulak nak update-update ni. Biasalah student busynya bukan boleh lawan, kalah orang yang bekerja. oklah, so before melalut panjang meh nak update skit pasal apa yang jadi. So startingnya update awal bulan April hari tu, saya join satu projek di kolej, HIJAU. program ini objektifnya selalunya pergi mendaki gunung, so this year dah berubah. Obejektif HIJAU kali ini adalah mendaki sambil mengutip sampah di kawasan gunung.

Kami seramai 50 orang mendaki Gunung Yong Yap yang mana pendakian kami dari Cameron Higland, Pahang cross ke Kelantan, hebat tak! hahah Dengan bantuan Guide dari Wild Junction dan pelajar dari Kelab Kembara, MSU mendaki bersama-sama dengan berbekalkan apa yang ada, untuk mengutip sampah digunung. Yelah kita kena ada sikap tanggungjawab bukan saja pada manusia, juga kepada alam sekitar mostly flora dan fauna yang menjadi kitaran hidup kita (Gitueeeewww).

Muka budak-budak yang excited dapat naik 4WD for the first time

Kawasan perkampungan orang asli, Kampung Kuala Regil, Cameron Higland, Pahang

Perjalanan kami bermula dari Cameron Highland ke perkampungan orang asli, Kampung Kuala Regil dengan menaiki 4WD. Sesampai nya disana kami terpaksa meniti titian buluh yang dibuat oleh orang asli. Setelah meniti tersebut bermulalah perjalanan pendakian kami sehinggalah ke kawasan perkhemahan kami yang dipanggil Kem Agas.

Kem Agas ini merupakan tempat perkemahan para pendaki gunung. So sebelum kami mendaki ke puncak, kami terpaksa berhenti bermalam di kem ini bagi menghilangkan penat dan mengumpulkan semula tenaga untuk perjalanan pada esok harinya. Memang menyeronokkan berada di gunung, walaupun penat tapi alhamdullilah dapat hilangkan stress yang ada.

Dah ada di kem tu, apa lagi macam-macam perangai dan talent yang wujud. Yang paling best talent memasak. Dengan berbekal apa je yang ada, kami memasak apa yang sekadar mampu, walaupun tak boleh dikatakan oklah masakkan tu, but still ia rasa sedap. Yelah kalau dah lapar, makan apa pun jadi sedapkan. hahaha... dan paling best kami dapat belajar memasak dengan cara yang unik.

Esoknya, kami memulakan perjalanan pada seawal pagi, ini pun sebab nak mengelak dari hiking pada watu malam, sebab nak mengelak dari bahaya. Perjalanan nya memamng mencabar dan lebih memenatkan, tapi hasilnya sangat berbaloi. Antara yang paling mencabarnya, kami terpaksa meniti pokok yang tumbang, arus sungai yang kuat, mendaki macam spiderman...eh??!! hahaha mencabar tak? fuhhh semua tu memang memenatkan tapi amat hebat juga bagi kami yang masih amature dalam hiking. Dan inilah hasilnya....

Puncak Gunung Yong Yap

Gambar sekitar kawasan puncak gunung & hasil kutippan sampah (nampak sikit tapi berat sebenarnya guni tu)

 Nampak tak ajaibnya kat atas puncak ini, siap boleh call rumah untuk inform dah sampai puncak (hanya berguna kepada pengguna celcom je tahu)

Siap boleh buat tempat berkhemah dan tempat berpiknik, jangan main-main

 Last view sebelum bertolak pulang ke kawasan perkhemahan

Perjalanan program kami memakan masa sebanyak 3 hari 3 malam. Memang perjalanannya amat mencabar tetapi aktivitinya amat bagus bagi menjaga alam sekitar. Dengan adanya program seperti ini memang dapat membantu menyedarkan ramai pihak bahawa pentingnya penjagaan gunung, bukit, sungai, flora dan fauna dan sebagainya dibumi ini. Akhir kata dari saya "kalau bukan bermulanya sesuatu perkara atau perbuatan itu dari kita, siapa lagi yang ingin memulakannya", ok renung-renungkan dan selamat membaca.