Thursday, 27 February 2014

PERFECT VACATION~


WOOOHHHHHOOOOO!!!!

Al-kisah bukan nak jadi kaya, tapi nak pergi bercuti saja~ Amboi kalau dah dengar perkataan holiday tu memang hip hip horray!! Ceritanya, disebabkan kami sekeluarga semua dapat cuti, alhamdullilah akhirnya dapat juga ramai-ramai kumpul dan berholiday reramai. Tapi tu pon sebab aku tengah cuti sem, kalau tak memang aku bercuti sorang-sorang la di Uni ni. huhu

Percutian kami tempoh hari bermula dari ke Cameron Highland, Pahang. The coolest place (boleh la) in Malaysia. Sebenarnya pergi ke sana sebab nak lari dari musim "summer" yang melanda di negeri asal. So, apa lagi berjalan lah kami sekeluarga. Tapi apa yang bestnya memang sejuk sungguh, even ayah yang selalu cool je tak pakai baju sejuk pon mengaku sejuk. Memang happening la kat sana, tambah-tambah bila nak masuk tandas, even lantai pon tak sanggup nak pijak sebab sejuknya. Burghhhhh


View from Tea Farm, place that will always can clear your stress out of your mind. The clean and fresh air, the beautiful scenenary that can leave such a lovely memory.


OOooohhhh, a little cute strawberry just for me!

Habis je pengembaraan di Cameron, the journey continue to Melaka. Asalnya percutian ni nak pergi ke Melaka untuk kenduri kawan kakak masa dia Uni. So alang-alang tu kami singgah la di Cameron dulu. Habis je pergi ke kenduri, apa lagi berjalan lah kami di negeri penuh bersejarah, Melaka.


The big ship. Nampak tak bertapa besarnya kapal ni? Kapal dagang yang pernah digunakan dulu untuk berdagang ke Tanah Melayu (macam cikgu sejarah pulak)
Menara Taming Sari yang belum kaki ni jejak lagi. Tinggi nya mak aiiihhh, naik gayat aku. Nak tau try la naik sendiri baru la tau rasa dia.
Last destinasi di Umbai, Melaka. Kami makan di Ikan Bakar Parameswara. Makanannya sedap, pemandangan cantik dan anginnya sepoi-sepoi bahasa.

Habis je percutian tu tibalah masa untuk aku pulang ke pangkuan universiti tercinta, untuk mulakan hidup di universiti sekali lagi. So hopefully dapat la lagi bercuti macam ini lagi. Kalau boleh nak la jugak pergi jauh sikit, kalau boleh nak la ke Sabah/Sarawak pulak. So itu je la entree tentang percutian kali ni.

Papai~ Terima kasih kerana visit.

Wednesday, 26 February 2014

FOR THE FIRST TIME~

Assalamualaikum, 

Woot woot!! Fuhh penat jugak nak buat ayat dekat blog ni. Yelah dah namanya pon baru lagi, sama je dengan tajuk dia. Ini lah my first blog entree, for the first time i make a blog~ hahaha apa pon dah berjaya jugak tulis sepatah dua kata. So that's all la kot. Terima kasih kerana melawat. Selamat berkenalan. tehe...